Produk ini merupakan produk kesihatan yang berasaskan Daun Belalai Gajah atau dikenali sebagai Sabah Snake Grass Tea yang dipercayai boleh membantu di dalam menangani pelbagai jenis penyakit terutamanya kanser, buah pinggang, kencing manis dan lain-lain.

Kami merupakan pengedar sah produk jenama UTurn/You Dun Chao Healthcare Product yang beroperasi di Ipoh Perak. Untuk pembelian di kawasan Negeri Perak, sila hubungi Encik Yusoff Said di talian 010-398 4218 atau 05-5278971.

" MENGAPA SAYA MENJADI PENGEDAR PRODUK UTURN "

Saya Encik Yusoff Said, merupakan pengedar sah produk UTURN. Saya mengenali produk ini secara tidak sengaja apabila saya terbaca sebuah iklan di dalam keratan akhbar metro. Lantas pada hari itu juga saya menghubungi saudara Azmi untuk bertanyakan perihal lanjut mengenai produk ini dan juga bagaimana untuk saya menjadi pengedar sah bagi produk ini. Setelah menikuti segala syarat yang telah ditetapkan, akhirnya saya diterima untuk menjadi salah seorang pengedar sah bagi kawasan Ipoh. 

Untuk pengetahuan tuan puan pembaca sekalian, saya adalah pengidap diebetis dan juga darah tinggi. Saya telah menghidap penyakit ini lebih dari 20 tahun. Kesan daripada penyakit ini, saya tidak mampu untuk berpuasa, dan sebelum saya mencuba ubat ini saya tidak boleh berpuasa selama dua tahun. Ini kerana, ia akan mengakibatkan tubuh badan saya menggigil, mata kabur dan tidak bermaya. Saya sangat tertekan memikirkan keadaan diri saya yang tidak dapat menjalankan ibadah berpuasa seperti umat Islam yang lain. 

Maka, apabila saya mengetahui berkenaan produk ini, saya telah menjadikan diri saya sebagai testimonial yang pertama sebelum saya memperkenalkan produk ini kepada orang ramai. Maka buat permulaan pada awal tahun 2013, saya telah mencuba terlebih dahulu salah satu dari produk tersebut iaitu Kapsul Kings Herb yang dikatakan sesuai untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis. Dengan ini saya lebih mudah untuk menjelaskan khasiat sebenar produk ini tanpa ragu-ragu kepada pelanggan saya.

Alhamdulillah, setelah mencuba buat pertama kalinya setelah dua tahun saya tidak dapat berpuasa, kesihatan saya seperti telah kembali pulih. Saya dapat mengerjakan ibadah berpuasa sebulan Ramadhan dan di tambah dengan puasa enam. Selain dari itu, di bulan puasa juga saya masih kekal aktif tanpa rasa letih dan tidak bermaya. Saya sangat bersyukur kepada tuhan kerana telah menemukan saya dengan produk UTURN, 

Terima Kasih UTURN.

No comments:

Post a Comment